Friday, May 18, 2012

BELAJAR SNAP DAN EDIT - NIKON D80







MAAF ATAS KETIDAKCANTIKKAN FOTO FOTO. SEKADAR HOBI MASA LAPANG

Wednesday, December 14, 2011

jack armani

ramai yang tanya kenapa memilih Jack Armani sebagai nama facebook....
dan kenapa the farouk utk blog....?

ceritanya cukup mudah...aku mulakan dengan The Farouk...

The Farouk adalah sebuah band karut marut (layak ke dipanggil band)..hahaha...ditubuhkan secara tidak sengaja apabila keboringan melanda jiwa jiwa kosong beberapa pemuzik tanpa kebolehan bertemu dalam studio A//Mince.

dan dipendekkan cerita, kami mainkan lagu sendiri...direka spontan...hanya melibatkan 3 chord asas...yg peliknya...lagu spontan tu boleh pulak diulang main oleh kami secara berjenaka...dan akhirnya 3 lagu kecundang direlease secara unmaterial....hanya dimainkan sewaktu ada lintasan...

so..kami terus menerus jamming...kekekeke.....jadilaa the farouk

ttg jack armani plak...hehehee......rahsia

Friday, December 2, 2011

muzik dan boneka

sering kali kudengar kutukan dan cemuhan...
oleh sang pengkarya, pengkritik, pendengar, pembuli, poser dan golongan bermodal insan....
bahawa kenapa harus kita lebihkan muzik dari seberang yakni indonesia..kenapa?
putaran radio...kacatv...konsert..bahkan ringtone sendiri memuja muja lagu - lagu artis indonesia...kenapa?


suka utk aku katakan di sini...bahwa..aku suka dan setuju sama sekali MUZIK INDONESIA merajai pentas hiburan tanahair kita...walaupun aku bukanlah penggemar tegar hasilan mereka...

bukan utk provokasi..cuma padaku ada papan- papan bukti utuh yg menjadikan mereka menguasai pasaran muzik tanahair..

hasilan- hasilan lagu yg begitu indah, susunan muzik yg mmg mengkagumkan...hasilan kerja yg tidak sekadar menyiapkan lagu...tp menghasilkan lagu..indah, bermesej dan seringkali berhantu utk didengar kembali.

instrumen pelbagai...lirik yg puitis dan berirama....grapan vokal yg tidak dibuat buat...tidak keterlaluan...

dengar saja hasilan Dewa, Padi dan Slank...setiap penampilan ada perubahan...tidak sekadar ketukan drum, petikan gitar dan bass......ada pelbagai kehadiran....violin...keyboard, gendang...seruling...bersatu dalam lagu..

bukan menafikan kehebatan pengkarya kita masa kini...tapi ianya hambar...aku masih terkenang kan kehebatan pengkarya terdahulu...May, Handy Black, Junction, Desire, Febians, Wings, BPR, Lefthanded, SYJ (sofea), Search........malu dengan kehebatan mereka.

hanya melebihkan tempikkan dan lolongan...Azlan & the typewriter misalnya...vocalnya mmg sungguh hebat..lagunya ada kelebihan...tp terlalu banyak LOLONGAN kosong....utk apa? utk membuktikan kamu ada vokal yg tinggi? xperlu! sudah sedia maklum Azlan ada kelebihan vokal 5 bintang....persembahan live yg best...tp lolongang membuatkan aku semakin hilang nafsu.

ahhhh....semakin membosankan dgn lagu- lagu 'handalan' kita... semakin lama semakin SEMAK!

Thursday, August 11, 2011

bogel ... berlari ....


Semalam aku menyusuri satu denai kecil menuju ke bazar ramadhan (lokasi dirahsiakan).
Dalam keasyikkan minda menelaah juadah berbuka yg pastinya beribu- ribu jenis terhidang sebentar lagi, aku dikejutkan dengan bunyi pekikan manusia!
"wahh...ada manusia dalam bahaya"..apa yg penting kerjasama (nyanyi versi wonderpet)

aku terus melakukan kona baring cecah lutut menuju ke arah pekikan itu....waktu itu ku kira sekitar jam 6.30ptg...suasana agak suram, kelam sedikit kerana denai itu diliputi pepohon lebat.

ini agak menyeramkan.....errrrrr......errr...

semakin jelas bunyi pekikan itu..bermakna aku semakin hampir dengannya......hati makin kuat bertanya....

"ishh..bulan puasa mana ada jin n syaitan....arghh..ini mesti orang ni...kalau langsuir macamana?"

walau persoalan demi persoalan datang....aku terus menghampiri bunyi pekikan itu....

"dahla aku sorang- sorg ni..mampus kalau kene kekoh nge langsuir ni..."

walau timbul sedikit ketakutan...kaki aku seperti tidak tahu berhenti melangkah...motor ku parking di bawah redup pohon kekabu..."Ahhh..KEKABU?"

"pokok kekabu kan sinonim dengan makhluk halus..."...

gulp....aku menelan air liur...


baru hendak berpatah balik......tiba tiba...!

suara itu seolah- olah menghampiri aku....seperti hanya 5 6 meter dibelakangku........
"aku dah kena!"

aku menoleh perlahan - lahan ke belakang....lalu...

terlihat akan aku dari mana datangnya pekikan itu...

"Cissss! kalau nk isap gam pun janganla terpekik terlolong...dahla bogel....ba#gsat!"

aku capai kayu....acahh.....terus mamat gian tu blah.....

"nasib baik xkena heart attack"

tgk jam....ciss...dh pukul 7.15 minit...haram betul....xsempat dah nk p bazar ramadhan....

BALIK RUMAH. TANGAN KOSONG. KENA BEBEL. PADAN MUKA.


Thursday, August 4, 2011

iphone 4


iphone 4.
menarik.mahal.
jailbreak.layan smpi naik jelik.
recentcall xleh nk delete.gelabah cari mekanik.


SAPS yang memalukan!

hampir 4 jam.menekan.menaip.mengemaskini.masuk markah.st*piD online system!

bayangkan.utk ke laman http://saps.moe.gov.my/access-denied.php saja memerlukan hampir 5 - 15 kali percubaan.seringkali.unable.unable.unable.bowdow!

utk login pula? well.sistem canggih.perlu 3 -5 kali login.then.baru dibawa ke halaman markah.belum lagi der..

perlu.pilih.cari kelas.lebih kurang 10mins

sambung.10min

masuk data/markah. onebyone.kemaskini.seorg pelajar = 10mins. kalian calculate tgk kalau ada 100pelajar. menarik kan?

syabas.kepada.server.SAPS.yang.mmg.superb.

takziah.buat,semua.users. SAPs.

Thursday, May 5, 2011

secebis kain buat pembalut

dah lame bebenor teman x menulis...rase gigil seluroh badan neyy....
nnti teman sambung lain iyer..

Sunday, January 3, 2010

jamming jugak



ni pun...aku lupa

jamming...



dah lama xmain..so mana nk igt chord...

Sunday, December 13, 2009

kampung Gong Sentol


Kampung Gong Sentol

Asal Usul Kampung Gong Sentol terletak kira- kira 5 kilometer daripada Bandar Kuala Terengganu. Kampung ini mempunyai bentuk rupa bumi berbukit dan dikelilingi dengan tanah pamah yang sesuai untuk pertanian selain daripada satu anak sungai yang menjadikan kawasan Kampung Gong Sentol subur untuk dijadikan kawasan pertanian terutamanya padi, buah- buahan, sayur- sayuran,tembakau dan perlbagai jenis tumbuhan bermusim.(Awang bem adalah penjual sayur, ikan dan barang- barang runcit)

Menurut cerita penduduk awal kampung ini yang disampaikan secara lisan kepada setiap generasi, kampung ini diberi nama Gong Sentol kerana terdapat banyak pokok Sentol iaitu sejenis pokok yang mengeluarkan buah berwarna hijau ketika muda dan kuning apabila sudah masak. Manakala nama Gong pula diambil sempena keadaan bentuk muka bumi yang tinggi seperti bukit. Bentuk muka bumi yang berbukit ini juga dikenali sebagai 'GONG' yang bermaksud tanah yang tinggi. Maka diberi nama Gong Sentol. (Jang Cik Kontol adlh anak kepada Saari..tiada kena mengena dgn asal usul nama kampung ini)


Sosio ekonomi Manakala sosio ekonomi di kampung ini semakin berkembang dari masa ke semasa. Dimana pada era sebelum 80 an, kebanyakkan penduduk kampung ini mengusahakan pertaniaan secara kecil- kecilan serta menjalankan kerja- kerja pertukangaan. Apabila sistem jalanraya dan telekomunikasi serta taraf pendidikan meningkat, penduduk generasi baru mula meneroka bidang- bidang kerjaya yang lebih luas seperti menjalankan pertanian secara lebih bersistematik terutamanya dalam tanaman tembakau. Mereka juga berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi dan akhirnya ada yang menjawat di sektor swasta mahupun kerajaan. Maka lahirlah golongan- golongan ilmiah dan profesional seperti doktor, guru, arkitek, wartawan dan sebagainya. (Amid adlh wartawan manakala awang semoh adalah anak kepada mok wan chik bomoh utama di kampung tersebut)


KEMASYARAKATAN Manakala dari sudut kemasyarakatan, penduduk- penduduk di Kampung Gong Sentol terbahagi kepada dua kelompok iaitu mengikut parti politik. Walaubagaimanapun, mereka masih dapat hidup bersama dan menjalankan kerja- kerja kemasyarakatan secara bersama kecuali di dalam beberapa perkara seperti majlis- majlis seperti yang melibatkan kehadiran ketua parti politik ke dua dua belah pihak.(POk Yek adalah orang kuat Pas manakala Pok Cer Gong Kijam adalh org BN)


TARIKAN PELANCONGAN Kampung Gong Sentol mempunyai beberapa daya tarikan pelancongan seperti penanaman padi secara tradisional. Pelancong- pelancong berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana proses penanaman padi secara tradisional iaitu dimulakan dengan proses tabur, mencabut semai dan menyemai anak padi di mana ia dijalankan secara berperingkat oleh golongan lelaki dan wanita. Selain itu, di Kampung GOng Sentol juga terdapat beberapa tumbuhan yang jarang dijumpai seperti Pokok Jambu Arang (Anggur Malaysia) dan juga buah Pepisang.(teh mat arang yg duduk di gong kijam tiada kena mengena dgn asal usul pokok ini)

Pun begitu, kampung gong sentol kini telah melalui era transformasi menjadi sebuah kampung yg berdaya saing lagi maju dan berteknologi canggih....cuma yg dikesalkan bilangan tahi lembu yg menghuni jalan2 raya masih ditahap merbahaya. antaranya, penyebab kemalangan dan pengaratan rim keta dan moto serta bem serta seluar dinajisi.

selain itu juga, tiada lagi baroh dan tiada lagi alor utk berkubang dan mandi manda...semuanya menjadi simen konkrit...maka tiada tempat utk ikan mengawan dan bertelur....dalam erti kata yg lain, ikan2 hilang tempat utk bersosial...jadi, spesis ikan seperti ikan sepat, karin, kepala putih, ruang, keli, puyu serta labi tiada kini diancam kepupusan yg amat teruk.

dan akibatnya generasi muda kg Gong Sentol tidak lagi merasai keseronokkan tahang tauk, tahang cokoh (tp dok kena duk cokoh tggu pun)...ngail...tahang pukak, sauk, ngambaq ikan...dan menjala...

aktiviti- aktiviti membidah burung (lastik burung) juga tidak lagi menjadi hobi generasi baru kampung ini. lagipun burung ruok dan siitor dogeng juga tidak lagi kelihatan dalam rumput bulat atau proo (sejenis lalang)...yg ada cuma burung gagak dan maler kuba....itik belibih juga lenyap terus..

sesi mengambak burung juga tidak lagi beroperasi...sedih aku...

walaubagaimanapun, itulah lumrah alam....semua pasti berubah...

kl xcaya tanya abg shab...dulu dia wahi ngak maing baruh pakai perahu kotok (dok lawo langsung perahu mung).....letok getoh galee dok comel langsung...hahaaha...

Monday, December 7, 2009

community coalition

adapun cerita ini tinggal kenangan sahaja...tapi aku tetap terkenangkan lagi zaman2 kegemilangan hingga kemerosotan sebuah kotaraya misteri A//mince studio...
bak kata jang, tali bass putus pun buleh sambung....apatah lagi mee goreng yg dimasak oleh chef2 bertauliah dr Iran.....
masih aku igt seawal tengahari (awal bg kami)...degung degang...bunyi chef2 menyiapkan mee goreng utk santapan insan2 terpilih.,,
dengan motor ADL shabri la aku rohek menuju ke laluan jiwa utk agihan mee goreng lazat lg nikmat itu...
sesekali terserempak dgn bisu (awek seksi) yg selalu menjadi mangsa pencabulan...
pakcik2 otai beca mcm biasa gulung rokok daun sambil tersengih2 kelat menunggu penumpang yg xkunjung tiba...alih2 kami smpi bawak mee goreng utk alas perut mereka...nikmat agaknya...

xlupa juga insan istimewa yg mmg berkeliaran mncari ketenangan dalam dunia mereka sendiri...

dan...yg paling sedih sebuah pondok usang di tepi kedai ubat awang dully dog yg melahirkan rasa kepiluan yg tak terhingga....akhirnya lenyap...bagaimana nasib mereka sekarang..

dan sebagai melepas penat lelah....walau naik motor...kedai underground kami lepakkan diri mencari seteguk kopi ais....disulam dgn pulut gaul nyor dan belebak pisang...aduss...sungguh asli perasaan lapar waktu itu...

andai kata dapat kuundurkan waktu..ingin sekali aku ulangi rondaan laluan jiwa yg mmg best skali dlm byk2 laluan...

apakan daya....

bumi terus berputar...sedetik yg pergi terus menjadi kenangan..

laluan jiwa....comunity coalition....abadi dlm ingatan...

Friday, December 4, 2009




wild bison chopper

masa tu amy search call...ajak minum...hehehe

Tuesday, November 24, 2009

lawati la kami

http://wildbisonchopper.blogspot.com

Wednesday, October 7, 2009

the true story


I asked Aishah to make a sentence using 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10.Not only did she do it 1 to 10, she did it again from 10 back to 1.

This is what she came up with.....

1 day I go 2 climb a 3 outside a house to peep. But the couple saw me, so I panic and 4 down. The man rushed out and wanted to 5 with me. I ran until I fell 6 andthrew up. So I go into 7 -eleven and grabbed some 8 to throw at him. Then I took a 9 and try to stab at him. 10 God he runs away.

10 I put the 9 back and pay for the 8 and left 7-eleven. Next day I called myboss and told him I was 6. He said 5, tomorrow also no need to come back 4 works. He also asked me to go climb a 3 and jump down. I don't understand.I am so nice 2 him but I don't know what he 1.

actually...after i read her sentences....i kick her out of my class....now she at the hospital...having mental problem...or phyxaminia opticaliesxius syndrom....which mean...unidentified brain operation system...(i kick on her head twice...heheeheheh)

Monday, September 7, 2009

Gempar! Mengemparkan!

Surat misteri terdedah? PDF Print
Posted by admin
Friday, 21 August 2009 00:28

(Merdeka Review) - Malaysia Today membuat kejutan dengan artikel yang berjudul "The shit has hit the fan". Tiada sebarang tulisan daripada penulis, hanya "artikel" yang di-"scan" dan ditampal pada ruang kolum tersebut. 【Baca: The shit has hit the fan】

MerdekaReview cuba mendapat pengesahan daripada Gobind Singh Deo, peguam yang menyerahkan "surat misteri" dalam inkues Teoh Beng Hock semalam, sama ada apa yang tersiar itu adalah kandungan asal "surat misteri", namun dibalas dengan smsnya berbunyi, "Can't comment."

Yang berikut adalah teks asal yang disiarkan di Malaysia Today:

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

2. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan). Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang. Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi. Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati. Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

i) TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini. Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor. Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.

ii) Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.

iii) Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi. Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai. Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi? Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau? Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri? Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.

iv) Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?

v) Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi. Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh. Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya. Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.

3. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia. Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya. Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang. Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat. Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk "menjaga" kepentingan Dato" Seri Dr Khir Toyo di Selangor. Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu "menjaga" kepentingan beliau di Selangor.

4. Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:

i) Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.

ii) Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:

a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato' Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin. Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki. Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.

b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau. Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina. Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.

c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.

iii) Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan. Setelah beberapa siri ‘keintiman’ beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri. Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.

5. Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia. Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah “beraja dimata, bersultan dihati”. Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.

6. Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet. Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia. TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat. Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato’ Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.

7. Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai “cable” dengan pihak atasan.

8. Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI"

Kami yang menurut perintah,
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM MALAYSIA

Monday, August 31, 2009

Keadilan telah dikalahkan?

Saya telah menyaksikan
Bagaimana keadilan telah dikalahkan
oleh para penguasa
dengan gaya yang anggun
dan sikap yang gagah
Tampa ada ungkapan kekejaman

diwajah mereka
Dengan bahasa yang rapi
mereka keluarkan keputusan-keputusan

yang tidak adil terhadap rakyat
Serta dengan budi bahasa yang halus
mereka saling membagi keuntungan
yang mereka dapat dari rakyat

yang kehilangan tanah dan ternaknya
Ya, semuanya dilakukan
sebagai suatu kewajaran
Demi Orang-Orang Rangkasbitung


W.S Rendra

Wednesday, August 26, 2009

AKTA 15 Perlembagaan Pekerja Sosial


AKTA 15 PERLEMBAGAAN PEKERJA SOSIAL

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan. . Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. "Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya. ..AKTA 15 "Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

Menyesal dia..hmmmm...ker ganer...

Sunday, August 9, 2009

Hilangnya Sebuah Kenangan

:::handphone lamaku:::

Tanggal 27hb Julai merupakan hari malang buat diriku..
telefon bimbitku telah meloloskan diri dari poket kiriku tanpa kusedari...

mungkin tertekan dengan ratusan nama- nama pelik dalam phone contact..
atau
mungkin jua pening dengan pelbagai simpanan sms yg mmg aku xdelete sejak 2 bulan lalu...
atau
kaget dengan ribuan keping photo dan video serta lagu- lagu yg aku sendiri xpernah layan...

dalam keadaan terganggu..besar kemungkinan handphone Nseries ku nekad terjun dari poketku ketika aku menunggang sebuah chopper Shadow VLX600cc kesayanganku...

maka dengan rasminya....insiden membunuh diri itu mengakibatkan aku trauma kerana kehilangan maklumat- maklumat penting beserta ribuan keping gambar- gambar kenangan...

dan yang paling mustahak....

aku telah kehilangan semua nombor- nombor contact kawan- kawan ku, keluargaku, musuhku, tok guru ku...serta cewek2 diperbatasan...

Justeru itu, aku ingin mengambil kesempatan ini...agar kawan2 dpt me SMS kan aku barang sekeping SMS beserta nama anda...utk aku simpan kembali dlm memori kad ku...

nama2 yg wajib SMS:
1. basri
2.shabri
3.fastri
4.matyie
5.ujayie
6.adirokokyie

dan yg lain2...pun harap sms la aku sekeping..jgn la kedekut sgt...cisss....



handphone baruku...beli RM300 je..skali memori kad 1Gig..

Friday, July 17, 2009

studio ku studio mu jua...



walaupun studio A//mince xsehebat studio2 lain..
namun ikatan persahabatan yang terbina tak dapat aku lupakan
dengan deretan baju bundle yg jarang2 terjual...tali pinggang bundle yg setia tergantung tanpa ada pembeli...cuma aku dan basri ada beli tali pinggang masa tu...seingat aku la..

antara kawang kawang aku masa tu...:

1. shab
tokey kpd studio a.k.a awang muka bekok...kl bab2 awek mmg aku xtau langsung dia ni ada ke x...cuma yg pasti dia ni jenis pendiam...tp kalu ketawa mcm org sawan...cuba anda ketawa sambil tarik nafas...umpama nafas xcukup...mcm tu la mamat ni ketawa...ada sebiji motor kapcai plat ADL kl xsilap aku...honda cup kaler ungu kebiru biruan...alignment motor mmg teruk gila...gear satu takat 5km/j je...kl balik dr studio..panjat bukit kecil...mcm setahun atas motor...
kegemaran beliau amatlah aku xtau...mungkin jenis flesionimes obituarina (tidak menentu)...
cuma yg aku igt akan rokok hitam nya..Perillys 20...kotak besar..mula berjamming dgn aku di Tmn Permata...main 2 org je...smpi tuan studio tu heran...jahak ngak...waktu tu shab ni xreti pun main sama mcm aku...posisi...gitaris/vocalis...dan yg paling aku suka kl dia main drum....

2. adi
mmg xperlu diperkenalkan lagi kpd umum...terkenal dgn muka selamba...mngeratkan silaturahim dgn org yg dikenali dan xdikenali melalui teknik pow rokok...memiliki sebuah motor Suzuki RG sort kaler merah...posisi sebagai pemain bass, scnd gitar..kdg2 drum... adi ada byk resdung kt muka..kl duduk bawah baju bundle...dia suka ngak kutil jerawat...

3. mat pit
selepas aku bhenti keje kt studio..mat pit mencelah dan slps ditemuduga..dia pun keje situ...aku masih igt akan gigi nya...memakai cap spjg masa...dan kl senyum mmg merangsang jiwa...suka kpdm muzik black metal..aku masih igt...kl dia jamm je..mesti main lagu Perjanjian Syaitan- Dark Nirrajim....motornya bernama Honda Fame...

4. apih
walaupun aku xla mngenali apih sgt...cuma kl dia main drum ketukan nya mmg padu...dan suka ikat2 kepala...mcm bikers pun ada...baju hitam mmg xlekang la dr badan berisinya...muka jiwang jugaklah dia ni...bersama band kasih sayang...

5. ujay
inilah manusia yg paling aku xpuas hati pasal teka teki...buleh main mcm2...buleh nyanyi...kira bagus la mung orkk....band jelly belly...awek aku xtau la ada ke x...tp kl pakai sluor mesti londeh sampai ke lutut...

6. izhan
aku rindu sgt2 nk nyanyi lagu Lefthanded dgn mung...penghisap rokok suria yg tegar...izhan ni kl tgk ke tuan...mmg nmpk skema...tp kl sembang mmg bising bangor..kdg2 tu sembang pende pun aku xfaham...tp mu best ngakk...mari ah jamm...

7. basri
hok ni xpayah la citer...smpi org kata aku ni bcinta dgn dia...dimana ada basri disitu ada aku...dan begitulah sebaliknya..kawang baik aku dunia akhirat....seperti yg aku katakan sblm ini...pemain bass the farouk...

8. fastri.
abg kpd shab....anak kpd pok mat...dia ni lagi pendiam...ada org kata muka bekeng...tp pd aku muka dia sungguh je...idea2 dia agak bernas...mungkin faktor usianya...cara dia berfikir...org kuat DRSA...posisi...bassist kasih sayang....dia ni jgk jenis pendiam...suka dengar..bila tanya sepatah jawab 2 patah..kira ok la tu...

9. abam a.k.a nazri
ni kira geng bunga la kl kt studio...awek sokmo...naik motor honda bulat...mesti bwk beg galas tepi...cisss....kl senyum nmpk abih gusi...cuma apa yg aku sedihkan...dia ni xmemiliki kampung...sbb rumah dia tgh2 border..jadi xleh nk ishtihar duk kg mana...buleh main bass dan gitar...jarang2 sekali emo gila kl jamming...awek beliau dulu naik kelisa...pakai spek kl xsilap aku la...

10. idin
anak kpd org kaya....dialah mula2 panggil aku lempu...natang ngoh...baru2 ni aku tgk dlm paper adik dia kawin...lawo sungguh adikmu..tp lagi lawo masa dulu2...xseksi...lenim mcm ganah ngak...yg aku igt..dia ni kl mari studio mesti ada bodyguard...naik Jeep...mengong mung ork...

11. aidil
mamat ni mmg hebat main bass...aku respek dan tabik la ke mung...tp memori aku pd kelibat mung samar2...mungkin kita jarang melepak bersama...hehehehe

12. maro gila
yg ni xpayah la nk cerita....rambut mcm2 fesyen...koyal pun ada ...tp hati baik...ajak aku main snooker beribu2 kali...tp aku xpegi pun..sbb aku tau doh mung akan tewas...hua hua hua...naik kete perodua kenari yg ada spoiler mcm papan keranda tu orkk....main gitar bersama shab,.,,dlm projek apa ntah aku lupa...tp ada satu lagu mu main ngn pemetik api...kl jamming ngn abu, idin, aidil...main lagu Korn...mmg jahak...

13. abu tokey emas
yg ni kira jenis otak bisness je..aritu ada aku jmpa kt pasar kedai payang...masih sama mcm dulu2..kl jmpa je..mesti cerita pasal Korn...Korn...Korn....neway...mu mmg die hard fan la abu...

14.Berr
aku igt rupa je Berr ni...nama aku xtau..dia keje tmpt catering kl xsilap aku..masa jamban studio tersumbat...dialah yg settlekan...ada rambut tersumbat...kl time memasak Free Food pun mmg dia ada ....Berr kemana kamu ilang?

15. ezad
aku slalu jamming gok nge dia ni...main lagu raggae...hahahha raggae rock...aku jg smpt mnjadi guru tuisyen dia...mmg lembab sungguh otak mu ....1x3= 4 <<<< ada ke jawapan nya 4...piakkk slalu la...

16. jang manteras
ini abg saya...dia suka solo gitar smpi org lain xtau nok ikut...

17. yus
yus hadir seketika je dlm otak aku...yg aku igt dia suka main skateboard...pernah mngajar kt Kolej Teras Timur...pastu ilang begitu saja....

aduhaii...ramai lagi ni..aku rs cukuplah stakat itu shj...hehehehee,,,kwn2 tlg la add saper2 yg pernah wujud kt studio dulu2,,,,

Saturday, July 4, 2009

from A//Mince to JayBee

"marilah naik combi mcm kami"


ketemu : kedai Josh
tujuan: dewan adiwana (betul ke) Johor Bharu
objektif: 1. menyertai gigs
2. jalan- jalan
3. pegi dan balik dgn selamat
peserta: 1. shabri, the farouk, basrijaya, matyie lipas, ujay kelapa jelly, nizang, abam, dan yg lain2..aku lupa

PERTEMUAN
semua peserta2 lain berkumpul di kedai josh..manakala aku dgn basri merempit ke pok tuyu utk menyewa sebutir van vanette dgn harga sewaan rm80 sehari...dan setelah menjalani sesi perbincangan dgn tokey van..kami berjaya mndptkan sebutir van berwarna putih tahun 1995 jenama vanette.

selepas mengisi minyak dkt batu enam, aku dan basri memecut laju sir lapang ke kedai josh yg terletak berhampiran istana Maziah...

sampai je dkt kedai Josh...semua peserta dh bersedia utk berlepas...aku tgk shab tgh menghirup secawan kopi dan sekeping roti canai bulat...ujay pulak aku tgk mcm tgh ayat seorg gadis yg ala2 tomboy gitu...pun begitu..aku xpenah bertegur sapa dgn budak perempuan itu..jadi aku xkenal dan malahan lupa siapa dia..

PERJALANAN
selepas meloading semua barang2, bag, gitar, kicap jalin, rokok dan sebagainya..kami terus bertolak ke Johor Bharu...van yg kami naiki agak mantap dan basri selaku drebar waktu tu mula2 melelong lelong...biasala..baru nak serasi..
dlm van jgn citer la jd lagu mana...bising bangor...
kl xsilap aku..smpi kemaman kami amik seorg lagi manusia bernama mat yie lipas...dr situ la aku kenal akan beliau..

dan sepanjang dlm van matyie senyap je...aku cuba cuba berbaik2..hehehehe....walau pelbagai teknik aku pakai...tp menemui kegagalan...
akhirnya aku teringat teknik yg adi selalu buat (adi lagi)....pow rokok dia!
"yie..meh rokok 2 batang"...
"hoh..."
berjaya jua akhirnya..mat yie hulur kotok rokok ke aku...aku pun pow lalu 2 batang...
pahtu baru aku start sembang nge mat yie...wallahualam..

MISTERI
dan sepanjang perjalanan kami juga xlekang dr dihantui pelbagai misteri...
aku masih igt bila malam menjelma...perbualan kami masih xbhenti...cuma xla sebising waktu mula2 perjalanan..kepenatan barangkali..
misteri kami bermula apabila peserta menyebut ttg babi...xsmpi dua minit...babi2 melintas didepan kami...tp kami anggap biasa la...pastu ada pulok sebut kucing...serta merta kucing pulok melintas...pastu kami sebut biawak...biawak pun turut serta dlm cerita misteri ni...start dr tu..kami mula duk senyap je dlm van...tp aku cakap gok..biasalaa..pot pet pot pet...

misteri kedua berlaku apabila kami melihat signboard jarak ke jOhor..mula2 tulis 175km..lepas tu...batu yg seterusnya 174km....akan tetapi..batu ketiga menunjukkan 178km...apa lagi terkejut ala2 badul la kami semua...! bayangkan...perjalanan kami semakin menjauhi johor...kemudian batu seterusnya menunjukkan keganjilan lagi...tinggal 170km....terus lompat 8km,...kami berisghtifar seketika...

kami juga dikejutkan dgn nyalaan api biru dari sebuah kubur cina...waktu tu kira kwsn kurang penempatan...mula2 samar2..lama kelamaan semakin jelas...

lepas tu kami berhenti solat jamak taakhir isyak dan maghrib disebuah masjid (mcm surau) dekat situ...lupa plak nama masjid tu...misteri kami berakhir disebuah kedai kopi...apabila kami mula merasai perjalanan kami ni mcm jelajah malaysia..sungguh jauh..sehingga ada wanita yg melalui jalan tu smpi mengandung baru dia smpi ke destinasi...jauh ngak...

MANDI, GOSOK GIGI
kami akhirnya berjaya smpi ke JOhor Bharu..dan terus menuju ke larkin....aku dan yg lain2 ambik kesempatan utk gosok gigi, mandi dan berak kt situ...bayangkan...xberak2 dr hari perjalanan...xkan nk berak dlm ladang kelapa sawit...hahahaha

DEWAN venue GIGS
aku lupa la nama penuh dewan tu...tp masa smpi mcm2 ragam manusia ada kt situ...aku xreti nk menilai sbb kau bkn follower punk ke..metal ke...jd aku xtau la nk komen..cuma baju kbykkannya ganah2 belake..
aku xmasuk dlm dewan...aku tggu kt luar je..sbb masa tu aku bkn suka sgt muzik punk,hardcore,..aku kena jujur la kan kan...

aku dan basri lepak sekitar dewan..mula duk dlm van...luar van...tepi jalan...tepi longkang...tepi pokok...

akhirnya aku ambil keputusan utk g minum n makan dgn basri...start van terus kami menuju ke sebuah stall...jual mee soto...tu la kali pertama aku makan menatang tu...buleh la...tp sedak lagi mee sup ngiyang kg aku...

PERJALANAN PULANG
selepas tamat gigs..kami xstay kt Johor..sebaliknya terus meneruskan perjalanan balik...
kali ni kami xlagi guna jalan masa datang...kami buat keputusan balik ikut muadzam..segamat...
dan perjalanan kami berjalan lancar..cuma sekali je hampir2 nak accident apabila sebuah kereta xlepas memotong dan hampir2 terbabas...

TEKA TEKI
nak jadi cerita...dalam van pelbagai teka teki timbul utk menghilangkan keboringan...
tapi yg paling aku xbuleh terima...teka teki dr ujay...
"tarik kendor lepah neting"
bayangkan dlm van tu semuanya otak profesor...pun xleh jawab...mcm2 percubaan utk mnjwb...tiub basikal, bidah(lastik), taik idung, selipar jepun, telinga izad, telinga shab...perut gang gemok...dan lain2

namun, ujay ttp kata " SALOH!"

aku pun naik boring nok teka...jadi aku tanya ujay apa jawapannya...
akhirnya ujay bgtau...jawapannya "TEH TARIK"

kami punya bengang..soalan ganah tp jawapan mcm bengong..
aku mmg smpi hari ni xleh nk terima jawapaan tu...xlogik langsung...xmasuk akal dan tak bertanggungjawab...

SAMPAI
walaupun agak bengang dengan ujay..kami selamat smpi ke Kuala Terengganu dgn riang gumbira...lepak2 dkt studio..pastu aku dan basri gi antor van...

kepada kawan2 yg masih igt....dan masih simpan gambar2 atau rakaman perjalanan...
hubungi aku..aku nk copy...hahahahhahaehehehehehe,,,,,