Sunday, December 13, 2009

kampung Gong Sentol


Kampung Gong Sentol

Asal Usul Kampung Gong Sentol terletak kira- kira 5 kilometer daripada Bandar Kuala Terengganu. Kampung ini mempunyai bentuk rupa bumi berbukit dan dikelilingi dengan tanah pamah yang sesuai untuk pertanian selain daripada satu anak sungai yang menjadikan kawasan Kampung Gong Sentol subur untuk dijadikan kawasan pertanian terutamanya padi, buah- buahan, sayur- sayuran,tembakau dan perlbagai jenis tumbuhan bermusim.(Awang bem adalah penjual sayur, ikan dan barang- barang runcit)

Menurut cerita penduduk awal kampung ini yang disampaikan secara lisan kepada setiap generasi, kampung ini diberi nama Gong Sentol kerana terdapat banyak pokok Sentol iaitu sejenis pokok yang mengeluarkan buah berwarna hijau ketika muda dan kuning apabila sudah masak. Manakala nama Gong pula diambil sempena keadaan bentuk muka bumi yang tinggi seperti bukit. Bentuk muka bumi yang berbukit ini juga dikenali sebagai 'GONG' yang bermaksud tanah yang tinggi. Maka diberi nama Gong Sentol. (Jang Cik Kontol adlh anak kepada Saari..tiada kena mengena dgn asal usul nama kampung ini)


Sosio ekonomi Manakala sosio ekonomi di kampung ini semakin berkembang dari masa ke semasa. Dimana pada era sebelum 80 an, kebanyakkan penduduk kampung ini mengusahakan pertaniaan secara kecil- kecilan serta menjalankan kerja- kerja pertukangaan. Apabila sistem jalanraya dan telekomunikasi serta taraf pendidikan meningkat, penduduk generasi baru mula meneroka bidang- bidang kerjaya yang lebih luas seperti menjalankan pertanian secara lebih bersistematik terutamanya dalam tanaman tembakau. Mereka juga berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi dan akhirnya ada yang menjawat di sektor swasta mahupun kerajaan. Maka lahirlah golongan- golongan ilmiah dan profesional seperti doktor, guru, arkitek, wartawan dan sebagainya. (Amid adlh wartawan manakala awang semoh adalah anak kepada mok wan chik bomoh utama di kampung tersebut)


KEMASYARAKATAN Manakala dari sudut kemasyarakatan, penduduk- penduduk di Kampung Gong Sentol terbahagi kepada dua kelompok iaitu mengikut parti politik. Walaubagaimanapun, mereka masih dapat hidup bersama dan menjalankan kerja- kerja kemasyarakatan secara bersama kecuali di dalam beberapa perkara seperti majlis- majlis seperti yang melibatkan kehadiran ketua parti politik ke dua dua belah pihak.(POk Yek adalah orang kuat Pas manakala Pok Cer Gong Kijam adalh org BN)


TARIKAN PELANCONGAN Kampung Gong Sentol mempunyai beberapa daya tarikan pelancongan seperti penanaman padi secara tradisional. Pelancong- pelancong berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana proses penanaman padi secara tradisional iaitu dimulakan dengan proses tabur, mencabut semai dan menyemai anak padi di mana ia dijalankan secara berperingkat oleh golongan lelaki dan wanita. Selain itu, di Kampung GOng Sentol juga terdapat beberapa tumbuhan yang jarang dijumpai seperti Pokok Jambu Arang (Anggur Malaysia) dan juga buah Pepisang.(teh mat arang yg duduk di gong kijam tiada kena mengena dgn asal usul pokok ini)

Pun begitu, kampung gong sentol kini telah melalui era transformasi menjadi sebuah kampung yg berdaya saing lagi maju dan berteknologi canggih....cuma yg dikesalkan bilangan tahi lembu yg menghuni jalan2 raya masih ditahap merbahaya. antaranya, penyebab kemalangan dan pengaratan rim keta dan moto serta bem serta seluar dinajisi.

selain itu juga, tiada lagi baroh dan tiada lagi alor utk berkubang dan mandi manda...semuanya menjadi simen konkrit...maka tiada tempat utk ikan mengawan dan bertelur....dalam erti kata yg lain, ikan2 hilang tempat utk bersosial...jadi, spesis ikan seperti ikan sepat, karin, kepala putih, ruang, keli, puyu serta labi tiada kini diancam kepupusan yg amat teruk.

dan akibatnya generasi muda kg Gong Sentol tidak lagi merasai keseronokkan tahang tauk, tahang cokoh (tp dok kena duk cokoh tggu pun)...ngail...tahang pukak, sauk, ngambaq ikan...dan menjala...

aktiviti- aktiviti membidah burung (lastik burung) juga tidak lagi menjadi hobi generasi baru kampung ini. lagipun burung ruok dan siitor dogeng juga tidak lagi kelihatan dalam rumput bulat atau proo (sejenis lalang)...yg ada cuma burung gagak dan maler kuba....itik belibih juga lenyap terus..

sesi mengambak burung juga tidak lagi beroperasi...sedih aku...

walaubagaimanapun, itulah lumrah alam....semua pasti berubah...

kl xcaya tanya abg shab...dulu dia wahi ngak maing baruh pakai perahu kotok (dok lawo langsung perahu mung).....letok getoh galee dok comel langsung...hahaaha...

2 comments: