Wednesday, June 24, 2009

soalan licik...jawapan cerdik

"nama cikgu murni."

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang
muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa
sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya
menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada
di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara
Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada
Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di
darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik
dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus
menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak
menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya,
okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya
berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah


Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu
Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan
oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya;
jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".





P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua

Wednesday, June 17, 2009

lokasi lepak dan jadi femes

kat terengganu ni...ada macam2 tmpt melepak..bukan setakat melepak...tmpt mengayat, mengepow, bergaduh dan juga ruang mencari rezeki...

antaranya...

1. stesen bas.
boleh dikatakan menjadi tempat paling femes bagi semua gangster2 tganu....otai paling hebat RAZAK gila...

2. tanjung...(tamang)
ni utk golongan jiwang mcm nazri, adi dan mat low...nak cari awek...cari pondan...semua tersedia di sana..

3. batu buruk
ni kira lokasi melepak utk geng2 kete dan mat2 motor yg kebiasaanya pakai spek ray ban tiruan...sluar pendek camel pun tiruan...dan yg pasti...keter pinjam...

4. pasor kedai payang..
makan mee sup otai...awek2 comel blaker...acu try g lepak skali...

5. hock kee seng
dulu kl g bandor...wajib singgah..walau xleh lepak lama...skodeng la apa yg ada...

6. kompleks kampung tiong..
aku g sini pun sbb nak tgk ular sawa yg mmg tahap cipan besor...dh 20 tahun dibela oleh geng2 cina tokong situ...

7. masjid putih
semayang la boh...

8. studio a//mince
dalam kenangan je la....nok wak ganer doh...

9. underground
kedai paling aku suka kl g bandor...tp dlm kenangan jugok ...sedih ngakk nim...

Sunday, June 14, 2009

hujungnya pasti berbeza

setiap kehidupan ada ketentuan..
setiap permulaan pasti ada penamatnya..

dan

setiap perjalanan akan tehenti akhirnya...
itulah resmi kehidupan manusia...

aku melihat begitu banyak perubahan...
aku saksikan pelbagai penghijrahan...

sang pemuzik hebat kuyie umpamanya...
kaki pancing selayaknya...
pelopor muzik seadanya..
muzik temannya bercerita...

namun....

Allah Maha Kuasa...
raja muzik kini menepati masa...
masjid tempat dia menimba ilmu dosa pahala...
ilmu dunia akhirat keduanya..

itulah ketentuanNya...

pun begitu...
ada teman- teman yang kini bernoda dosa
arak dan wanita menjadi teman setia..
wahai teman apa yang kau rasa...
tidakkah neraka itu panas apinya..

dari teman yang bercerita..
yang berTATU kini pun ada..
jika dulu aku lah guru matematiknya
mengajar tidak kira uang dan masa...
sangkaku menjadi jurutera..
rupanya aku membazirkan masa...cisss celaka...

yang gemar bermuzik terus bermuzik...
yang menari terus menari...
terus dan terus tanpa kusedari...

wahai teman...
usah kalian lupa..
dunia ini sementara cuma..
sekilas pandang seronok di mana- mana
jika ditenung pasti ada dosanya..

dan,

jika masih ada ruang..
jika ada lagi setitis keinsafan..
carilah ia ...wahai teman..
rebutlah ia wahai kawan...

kehidupan ini ibarat basikal beroda dua...
kita tidak akan terjatuh selagi ada kayuhannya...
ayuh teman...
ayuh kawan...
asingkan dirimu dari lembah kemaksiatan..

kerna...

aku takut...HUJUNGNYA PASTI BERBEZA...

syurga atau neraka....

Friday, June 12, 2009

the farouk


walaupun band ni xlah se hebat band kasih sayang, jelly belly, dully dog mahupun rai ko ris...tetapi aku bangga sebab aku n band member masih mampu melahirkan karya dan lebih tepat menconteng arang kemuka arena muzik terengganu..ha ha ha...sebabnya, muzik kami pelik skit..tiada music arrangement..tiada peraturan...tiada klimaks...dan hampir sekali tiada noktah...

bermula dengan jamming kosong bersama abg shab dan adi rokok steng...aku pula waktu tu masih baru bermain gitar dan xberapa reti sehingga hari ni...namun...semua lagu- lagu hadir tanpa dirancang...nyanyian tanpa susunan...lirik merapu merabang..namun keaslian masih berkekalan...

layak jugak dipanggil closing band bagi sesi sewa beli jamming kt studio..bila dihujung jamming semua band..lepas semua berambus dr muka bumi bangunan milik Gan (jahat ngoh org cina)...kami mula melayan alunan lagu rekaaan tersendiri....

aku tak berapa pasti kenapa aku memilih nama the farouk..mungkin disebabkan oleh kemisterian seorang lelaki yang tiba- tiba muncul di studio...ataupun didorong watak nakal dan kejam dlm gila- gila remaja...abg farouk...

the farouk terus bermain...dan bermain...berlari dan terus lari (aku tiru ayat mung shab)....hingga sampai satu tahap lagu- lagu yang didendangkan semakin lama semakin tidak diketahui jenis dan model apa...hehehehehehehehehe...aku sendiri konfius...apatah lagi shab dan adi...

cuma yang masih terbayang dimata ingatan ku akan kehebatan ketukan drum abg shab yg mmg rare dan berkecamuk habis....senang citer...tiada kekosongan bunyi..sebab solo pah ceroh...kah kah kah...utk pengetahuan korang semua...rahsia kehebatan abg shab sebenarnya pd besi- besi keluli dikaki dan mukanya...mungkin barangkali...

dan...manakan hidup tanpa seorang pemain bass hebat...seperti adi steng...aku guna sebarang chord..aku tukar sesuka hati...dia masih mampu ikut dengan jaya...nak kata by heart pun aku xtau sebab pd pendapat aku..mungkin sedutan rokok pow dr aku...adi dpt membaca gerak geri jari jemari lambat aku....

dan aku pulak...masih yang terburuk...terlambat...dan terkebelakang dlm seni permainan gitar utama...merangkap penyanyi sumbang....

hinggalah pada satu ketika adi menarik diri kerana penyakit buasir kiri nya yg semakin serius...aku pula xdpt la nak komen byk2 sebab mana ada kontrak perjanjian yg dpt halang adi...lagipun dia pernah cakap..kl aku dan abg shab xizinkan...dia nk telanjang bulat sekitar pasar kedai payang...dr menanggung dosa bersama..baik kami lepaskan adi dgn talak 1...

nak jadi cerita...kami audition seorang bassist baru...sessionist dire straits versi pulau ketam...namanya basri..nama glamer basrijaya...mmg jahak ngak main..mcm lipas kudung...
kadang kadang dia pulok solo...gila ngak..

dan dengan keanggotaan baru...kami mcm biasa main sbg closing band....hingga ada aduan jiran sebelah kata bising sbb jamming lepas kul 12 mlm...

pada tahun 2002 jualan album merosot drpd 1 unit kepada tiada langsung...1 unit tu pun aku sendiri beli...hehhehhehe...cuma adala 2 lagu dalam The BOllock Wok 2....

dan kami sempat juga menjahanamkan sebuah gig di dungun...dengan bantuan awang dully dog hok gagoh tu....mmg mencemarkan imej gig tu...aku dh kata kt shab...kl jamming dakpe..kl gig mmg dokberape mulia...tp shab kata dully dog....main je laa....

perjuangan kami akhirnya terhenti seketika apabila ada seruan utk menambahkan ilmu didada...lebih tepat gi mengaji la...abg shab di Kolupo...aku pula di Perlis...basrijaya membawa diri ke Kemaman....memang haru biru...

tapi setiap kali cuti mmg xlepas peluang bersama...membisikkan melodi- melodi jelik utk halwa telinga kami sendiri...itulah pengakhiran the Farouk...yang tidak akan mati selagi kami bersama...

utk semua yg suka dan membenci kewujudan kami di arena muzik terengganu...terima kasih dan duli dok ke mung....akhir kata...jangan pandang kami sebelah mata..pandang kami dengan kata- kata....jangan sesekali duk mengata...sebab kami The Farouk tetap mcm biasa...

Thursday, June 11, 2009

nama- nama pelik orang kampung aku

Pertama sekali aku nk mintak maaf atas ketidakizian aku menyiarkan dan mempublishkan nama- nama penduduk kampung aku ni...cuma nak berkongsi betapa nama indah dan pelik masih ada dalam dunia...

carta hit:

1. kaja = anok pokyek
2. mucee= adik kamsu
3. koyee= adik daud bulu
4. jeli= anok pok amang
5. sang= ramai sgt nama ni...sang melor..sang mokwang...sang senoh...
6. pokbong= toki sedare aku
7. moksu pisah= duk dekat surau
8. semek haloh= kt kedai jual meesup
9. ngi yang= tokey mee sup
10. juha= adik joe tokcok
11. joe tokcok= abg juha
12. naning gula= anok matneja
13. pokmak neja= ayoh naning
14. maing= adik seri
15. pok jeng= anok pok su wahak
16. were= tok aku (b.inggeris tu...)

dan banyok la lagi....gitu la ceritanya...

Wednesday, June 10, 2009

permainan tradisional terengganu

sedar akan kesinambungan seni permainan tradisional masyarakat melayu Terengganu makin lama makin lemas dalam longkang pembangunan zaman serba canggih manggih ni...aku senaraikan beberapa sukan/permainan yg hampir dinafikan kewujudannya di muka bumi...terutamanya kanak- kanak lenim yg hebat bermain komputer...yg terang- terangan tidak mengetahui apa itu 'main tepok gambor'...'bedil buluh'.. 'bidah'...

jadi atas kesedaran yg amat sedikit ini aku senaraikan balik nama- nama permainan tu...kawan- kawan kl ada lagi tolong sambung...

1. main bedil = sejenis senjata pom pom diperbuat drpd buluh...berisikan peluru buah aral/bedil

2. bola teng = permainan menyusun tin- tin kosong...dlm pasukan...elak diri drpd bola yg dibaling oleh pihak lawan...

3. bola katok = samala mcm besbol

4. bola lipar= menyusun selipar dlm pasukan...elak kena baling bola..

5. bola beracun= duk dalam satu kotak berpasukan...musuh depan dan belakang...elak kena bola...kkl dpt sambut kira dpt point...last pemain kl dpt elak smpi 15...pasukan masuk semula..

6. napang kludok= senjata api menggunakan peluru buah senduduk...selit dibawah kayu kecil...tarik dengan getah...kl kena tembak berdenyut la jugok..

7. tol decok= mengangkat sebelah kaki dan mengejar lawan dalam satu kotak...kl dpt sentuh consider lawan kalah..

8. ubak lapu= guna batteri saiz besar utk digolekkan dlm jarak yg jauh...kl kena menang pertaruhan (gambor, getah)

9. tol nusuk= main sembunyi- sembunyi...tmpt persembunyian boleh menjangkau satu kampung...satu pasukan pula kdg2 smpi 20 org...fuhhh....

10. kete gelek= guna tin...ditebuk kiri kanan...letak pasir...masukkan dawai...dawai hubung dgn tali...main lawan tarik..sapa laju...hahahahahahah...bodo la....

11...ada byk lagi...aku lupa...acu kawan- kawan sambung,...

Saturday, June 6, 2009

photo band- band lama rock kapak

DESIRE
rusty blade


riyadh

SYJ


MAY



bersambung....






















Add Image

masihkah kau ingat

SYJ

studio oh studio


Masih segar dalam ingatan kisah- kisah

pahit manis kehidupan di sebuah kotak konkrit

yang dinamakan studio....A//mince


dan masih aku tak luper akan kehebatan dan kepincangan

perjalanan kenaifan hidup dalam studio...


di situ aku ketemu bermacam- macam ragam manusia

di situ aku kenal asal usul noda dosa dan pahala

di situ tempat kami melepak bersama

di situ ada pelbagai cerita


walau gaji yang diberikan kpd aku cukup tinggi

iaitu rm2.00 sehari...aku masih mampu

menghirup secawan kopi dan sebutir karipap

berisikan ubi dan ikan di sebuah kedai

yang femes 'kedai underground'


tima kasih abg shab utk gaji itu


tak lupa juga kalau adi datang

semua pakat sembunyi rokok..

"rokok sket...stenggg.." itu lah hobi adi..


kadang2 maro gila datang...

adakala maro normal dtg...


izhan mari jugok jarang- jarang

idin mari ada bodyguard kiri kanan

aidil pulok rambut macam sarang tebuan

yus macam biasa skateboard siang malam


adalagi...


ezat jenis tindik subang (koyal)

matyie..."kari ke dal?"

nazri sex jiwang

hok femes skali tentulah awang...


basri mcm biasa joki haram

lepak ngan aku sampai malam


dan masih aku tak lupa..


setiap hari sabtu..

pakat- pakat memasak mee goreng

potong sayur...

celor bihun...

bungkus..start muto..

konar kot laluan jiwa

bagi sebungkus sorang


puashati sangat- sangat masa tu


walau tak kaya mcm umno...

walau tak berilmu mcm Tok Guru

walau tak sejahat Hulubalang banggol...

kami masih mampu membantu...


penarik beca...org istimewa (gila)

semuanya menjadi member...


aduhai...studio..studio...


member- member kata...

nak jamming sejam..

tapi masuk kat dalam berjam- jam..

nak tegur nnti member kata kejam

api letrik naik setiap bulan...

nasib,..nasib...


kini studio tidak lagi bernyawa...

yang tinggal hanya nama

yang makin lama makin dilupa


yang masih wujud cuma

kedai josh...nasik goreng kampung...

roti canai...

hahhahahaahhaahahahaa....


biarlah ianya menjadi kenangan...


sampai bila- bila...


sekian

ombok jahak..sutung sedap pulok

saing- saing memanggil- manggil


aku baru pusing suis kete..
saing- saing tel ajok minum pata airport..
tggu pende lagu...
rohek lalu sir lapang menuju ke pata
hok making lame making jahak suasananyer...


hampir setahun aku xmenyeper di pata airport...
sungguh luor biase lenim...
macam konsert search...
beribu ribu oram- oram berdiri, duduk, berlari, menetang,
guling bating, nyandor pokok, congek muto,
bowok muto, kete, lori,
basikal dan bem (van) di sepanjang pata airport tu nok royak wi..


ade jugok hok bowok awek, bini, mok ,
tok, ayoh, adik, sepupu, kawam- kawam,
saing- saing dan saing baru tebeng muka tepi pata...


dalam ralik duk tekang pedal minyok..
aku ternampok la kelibat kelibat basri manaf dan pok kidik sengih tepi jalang...
cube nasib gamoknye..


hok lain duk tunggu keda air nyor doh..
ucop usop enterprise, mamat gue,
hapih gue junior, aza gf ucop, piam askor n bini..


hok jadi panah ati tu...
parking xdok...
punyer la besor projek naik taraf..
parking xreti2 nok upgrade..
nasib ada john tu gostang keter..aku konar lalu...masuk parking


dalang paler mikir nok makang je ni...sutung...ikang...celup tepung...

sapa je meja...lepah salang...bahang lalu...

tp potong stim sngoh..
sutung goreng dok masok...
mcm telor separuh masok...bengang lalu...


sambil lepak sambil flashback citer2 lamer nge awok2...
suka ngak...
sapa xsedor nok garik doh..
aku pun tpaksa berambus sebab perlis nun jauh lagi..
kul waper nok sapa kl duk dengor mamat gue lebong...


tepat pukul 6.20p.m...
aku rohek keter menuju ke perlis...


sekian